Friday, 11 March 2011

Smart Study Tips

"Study smart, not study hard"
Ungkapan ini sentiasa menjadi tips untuk berjaya dalam pelajaran... Well, it is true..

1-Sentiasa bersedia. Sebelum memulakan apa-apa pemelajaran, adalah dinasihatkan untuk membaca terlebih dahulu bab-bab yang akan diajar oleh guru. Dengan itu, kita akan mudah memahami setiap apa yang diajar oleh guru.

2-Sentiasa bertanya. "Malu bertanya, sesat jalan". Walau sekecil mana pun sesuatu yang tidak difahami, tidak salah untuk bertanya kepada yang lebih mengetahui. Adalah lebih baik kita bertanya daripada kita menyesal kemudian hari.

3-Sentiasa berkawan dengan mereka yang positif. Jika kita berkawan dengan mereka yang lebih berpengetahuan, kita mudah mendapat info dan ilmu tambahan daripada mereka.

4-Sentiasa mencatat nota kecil. Sesetengah dari kita tidak berminat untuk membuat nota kecil kerana menganggap tugas itu membuang masa, tetapi pada hakikatnya, nota kecil amat mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Tidak rugi untuk melakukannya.

5-Sentiasa duduk di hadapan (di dalam kelas). Kita akan mudah fokus 100% terhadap apa yang diajar oleh guru, sekaligus bertanya soalan kepada guru.

No comments:

Post a Comment